Sunday, June 26, 2011

MASUM 2011

Salam STEAMERS...

MASUM untuk tahun 2011 diadakan di Universiti Putra Malaysia(UPM)..
Sofbol berada dalam Fasa 2 iaitu pada 26 hingga 29 Jun 2011.. Fasa 2 juga melibatkan sukan Bola Keranjang, Tenis dan Ping pong.

Untuk 2011, UMT hanya menghantar pasukan lelaki sahaja. Seramai 15 orang ahli steamers dan Cikgu Zamuin yang bertindak sebagai Jurulatih sofbol menyertainya.

Sebelum bermulanya karnival MASUM, skuad steamers telah mengadakan latihan pusat selama dua minggu bermula dari 14 Jun sehingga 24 Jun 2011.. Latihan pusat diadakan di SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu. Dengan menyasarkan untuk berada di peringkat separuh akhir, kesemua atlet yang terlibat komited dan berusaha sedaya upaya semasa latihan pusat tersebut.




 Pada hari terakhir latihan pusat, Skuad
Steamers mengadakan perlawanan persahabatan menentang Terengganu Sofball Associate(TSA). perlawanan ini sebagai pembakar semangat dan menguji tahap persediaan atlet.




Pada 25 Jun 2011, Skuad Steamers bertolak ke UPM.. Skuad Steamers diletakkan bersama pasukan tuan rumah, UPM dan pasukan jiran UMT, Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA).. Perlawanan pertama pada 27 hb antara UMT dan UPM dan perlawanan kedua pada 28 hb diantara UMT dan UniSZA. Alhamdulillah, Skuad Steamers melangkah ke Suku Akhir. Ini kali ke 6 berturut-turut, skuad Steamers layak ke Suku Akhir.


UMT Vs Unisza


UMT Vs UPSI

Peringkat Suku Akhir diadakan pada petang 28hb juga dan disaksikan sendiri oleh Puan Siti Noriam selaku Penasihat Kelab Sofbol UMT.. Lawan di suku akhir adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Namun, perjalanan Skuad Steamers terhenti disini kerana dek faktor pengalaman yang membezakan kedua-dua pasukan. Skuad Steamers sudah melakukan yang terbaek dan yang termampu. Final Sofbol MASUM 2011 menemukan antara UPM dan UPSI. Segala kelemahan pada MASUM ini akan diperbaiki dan dijadikan kekuatan pada MASUM 2012 yang akan datang dijangka berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn, Johor. InsyAllah Skuad Steamers kali ini akan membawa pulang sebutir pingat dari sukan Sofbol.


UMT Steamers